Ryna Rahim

  1. Ada satu cerita yang saya nak kongsi untuk sesiapa sahaja. Satu cerita yang menyebabkan air mata saya mengalir terharu. Peristiwa ni berlaku pada hari terakhir saya di Jeddah. Masa tu, saya dan semua para jemaah dari CS Holidays tiba awal di Jeddah Airport. Nak dijadikan cerita, waktu kami untuk check in pukul 5ptg. Boarding time kami pada pukul 8 mlm. Jadi, itu bermakna kami kena jamak maghrib dengan isyak sebelum berlepas. Bila jam hampir pukul 7 mlm, ramai jemaah yang ke toilet untuk ambil wuduk. Tertanya-tanya jugak kami ke pegawai Arab yang bertugas, di mana surau untuk kami solat. Dijawabnya, disitu..di ruang legar yang ada di sekitar tempat kami menunggu. Dan memang terbukti disitulah tempat para jemaah yang dulu-dulu sebelum kami tiba solat disitu. Buktinya, ada arah kiblat di syiling. Baik, kami terima dengan sebaiknya, bila waktu Maghrib masuk, terus kami semua dari kumpulan CS Holidays beramai-ramai menyusun ihram, tuala dan kain batik bagi menggantikan sejadah. Pada awalnya, kami semua para jemaah wanita  bersetuju untuk solat di penjuru ruang menunggu. Para jemaah lelaki mengajak kami semua untuk solat berjemaah. Bila semua sudah bersedia, barulah kami perasan rupanya ruang untuk kami solat itu sangat sempit. Nak sujud pun agak susah, dikhuatiri kepala kami berlaga dengan kaki jemaah di barisan hadapan. Maka, kami pun dengan beraninya mula mengubah tempat…

Tempat mana yang dicari??

Ruang legar yang kosong dipilih kami semua untuk dijadikan tempat bagi kami mengerjakan solat berjemaah. Betul-betul dibawah tanda tunjuk arah kiblat di syiling. Ketika qamat sedang dilaungkan, saya terdengar bunyi tapak kaki orang datang berlari. Disebabkan saya duduk di barisan hadapan saf untuk makmum perempuan, jadi saya berpeluang untuk melihat jumlah makmum lelaki yang semakin bertambah dan bertambah. Pada waktu yang sama, saya terlihat seorang pegawai Arab menghulurkan satu plastik untuk dijadikan alas untuk sujud ke seorang makmum perempuan yang sama saf dengan saya. Ya Allah, baiknya hambamu itu..

Saya terharu…terharu bila dapat melihat dengan mata saya sendiri yang solat dapat menyatukan semua bangsa walaupun pada awalnya kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Jemaah dari Indonesia, dari Tanah Arab juga bersama-sama dengan kami pada waktu itu. Bayangkan, pada awalnya kami yang bergerak dalam kumpulan kami dan jemaah Indonesia bergerak dalam kumpulan mereka. Kami duduk di kawasan menunggu yang sama, tapi kami tidak bertegur kerana kami masing-masing dengan hal kami sendiri. Tapi bila masuknya waktu untuk menunaikan solat, kami bergabung, kami saling bermaafan sesama sendiri. Kami bertegur dan bersalaman. Subhanallah..besarnya kuasaMu, Ya Allah… Sesungguhnya saya bersyukur kerana saya dapat bersama-sama merasai pengalaman tersebut.

    Ada satu cerita yang saya nak kongsi untuk sesiapa sahaja. Satu cerita yang menyebabkan air mata saya mengalir terharu. Peristiwa ni berlaku pada hari terakhir saya di Jeddah. Masa tu, saya dan semua para jemaah dari CS Holidays tiba awal di Jeddah Airport. Nak dijadikan cerita, waktu kami untuk check in pukul 5ptg. Boarding time kami pada pukul 8 mlm. Jadi, itu bermakna kami kena jamak maghrib dengan isyak sebelum berlepas. Bila jam hampir pukul 7 mlm, ramai jemaah yang ke toilet untuk ambil wuduk. Tertanya-tanya jugak kami ke pegawai Arab yang bertugas, di mana surau untuk kami solat. Dijawabnya, disitu..di ruang legar yang ada di sekitar tempat kami menunggu. Dan memang terbukti disitulah tempat para jemaah yang dulu-dulu sebelum kami tiba solat disitu. Buktinya, ada arah kiblat di syiling. Baik, kami terima dengan sebaiknya, bila waktu Maghrib masuk, terus kami semua dari kumpulan CS Holidays beramai-ramai menyusun ihram, tuala dan kain batik bagi menggantikan sejadah. Pada awalnya, kami semua para jemaah wanita  bersetuju untuk solat di penjuru ruang menunggu. Para jemaah lelaki mengajak kami semua untuk solat berjemaah. Bila semua sudah bersedia, barulah kami perasan rupanya ruang untuk kami solat itu sangat sempit. Nak sujud pun agak susah, dikhuatiri kepala kami berlaga dengan kaki jemaah di barisan hadapan. Maka, kami pun dengan beraninya mula mengubah tempat…

  2.