|
Ryna Rahim
-
Solat Jumaat
- Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.
-
Hukum melaksanakan solat Jumaat adalah fardu ain. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Jumaah, ayat 9. Solat Jumaat termasuk dalam fardu utama dalam syariat Islam, selain satu pertemuan besar mingguan bagi umat Islam. Siapa yang mempermudah-mudahkan kefarduannya, Allah mengecap orang itu sebagai munafik.
Seluruh umat Islam hendaklah melakukan fardu Jumaat dengan penuh keimanan dan keyakinan yang teguh, sebagaimana sabda Rasulullah saw maksudnya: “Daripada Thariq bin Syihab, Nabi Muhamad bersabda: “Solat Jumaat hak yang wajib melakukannya atas tiap-tiap orang Islam, kecuali hamba-hamba yang dimiliki, kaum perempuan, kanak-kanak dan orang sakit.” (Riwayat Abu Daud)
- Alhamdulillah, ketika di menunaikan ibadah umrah, saya berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram bersama-sama dengan orang Islam lain yang datang dari pelbagai negara. Setelah selesai menunaikan solat Jumaat, terdetik di hati saya,
” Kenapa ada orang lelaki yang beragama Islam sanggup meninggalkan solat Jumaat dan mengutamakan perkara lain? Adakah perkara lain lebih penting dari menyembah-NYA…Adakah solat itu satu perkara yang membebankan? Subhanallah…semoga kita semua diberi petunjuk ke arah jalan yang benar..amin~”
- Janganlah kita menggadai dan memusnahkan keuntungan dan ganjaran yang besar di akhirat lantaran mengejar keuntungan yang sedikit di dunia.
- Yakinlah dengan janji Allah, jika manusia mensyukuri nikmat-Nya dengan mengabdi dan menyembah-Nya, pasti Allah akan menambah nikmat dengan berlimpah ruah.
Sama-samalah kita fikirkan kembali tentang mana yang buruk dan mana yang baik dan mengambil ikhtibar dalam setiap peristiwa yang berlaku dalam diri kita… Amin~
|
|
Clickies
»Archive »Rants »Ask »Submit
Owner
Welcome to this blog ...
* She is known as Arina =)
* She still in bachelor level study in the biological sciences program
* Life is very funny, if you take the time to watch it..
Talk?
ShoutMix chat widget
Credits
Base Theme by: Sarah Mogin
Designed by: Trixie Maningding
Images: Deviantart
|