Program Lawatan ke Rumah Kebajikan
12.03.2011 - Tarikh keramat

Baru-baru ni kelab kami - Double Helix Club buat lawatan ke Taman Sinar Harapan di Bukit Besar, Terengganu…masa tue, tak ada yang terbayang di fikiran selain takut sebab fikirkan macam mana la orang-orang dekat sana….maklumlah, tak pernah seumur hidup pergi ke rumah kebajikan…tapi serius kalau orang tanya hari ni, memang saya akan kata “Saya sayang mereka yang istimewa”…tak kira la kenal ke tidak…Nak tahu kenapa??Jom dengar saya membebel….
Bayangkan, baru je kami semua sampai ke dewan di Taman Sinar Harapan ni, dah boleh kita perhatikan ada sesetengah warga kat sana, tengok kita senyum-senyum…mula-mula tue dapatlah rasakan juga peliknya tapi lama tu baru faham, dyorang suke kedatangan kteorang + dyorg sambut kite dengan baik….
Sampaila part semua peserta kena ikut warga kat sini berjalan-jalan…masa nie perasaan awal cuak tue dah menebal dah…yela, tetiba ada 2orang budak perempuan tarik tangan…dah rasa diri tue sangat berharga…tapi serius saya sangat tak reti nak layan…kekok…dyorang dah cukup happy bile kita tanya, nama siapa, nak pergi mana, bilik mana….
Btw, sepanjang kat sana, saya tak terfikir sangat nak tangkap gambar mereka sebab saya fikir, perasaan dan pengalaman itu sudah pun cukup…Ada banyak asrama untuk warga-warga nie..btw, untuk Taman Sinar Harapan nie, semua penghuni adalah dari golongan OKU @ dyorang sangat special dari kita…tapi dyorg lagi pandai dari kita…kebanyakannya adik-adik lagi..
Masa awal tu, semua orang dah ada adik-adik….saya je belum ada…apa lagi, misi mencari adik pun berjalan….melangkah je kaki ke asrama ALAMANDA, saya tengok ramai orang ada dalam tue, tergerak hati nie nak tengok keadaan kat dalam…

Saya jumpa dengan adik ni…gambar nie saya ambik dari internet je…adik nie namanya Saiful…dia dah 10tahun tapi diri dia sangatlah kecil dan ringan…dia hanya mampu berdiri je, tak boleh bercakap dan hanya mampu mengetap gigi….Kesiannya dekat Saiful..walaupun dia tak boleh bercakap, banyak jugak saya bercakap dengan dia..mula-mula tu saya ingatkan dia tak mendengar, sampailah saya dah putus asa dan pusing diri nak ke katil lain, then dia tarik tangan saya…Ya Allah, time tue, rasa nak menangis pun ada…kalaulah Saiful ni boleh cakap, mesti banyak benda kan dia nak berkongsi dengan kita….Apa-apa pun akak sayang kamu… :)

Adik nie pula namanya Khairul…dia tak mampu mendengar dan bercakap seperti kita tapi kan, adik nie suka sangat senyum…bila tengok dia senyum sangatlah chumel…Khairul nie saya jumpa sekejap je sebelum balik U memandangkan sebelum nie dia main-main dengan kakak lain….so, bila dia dah balik asrama dia tue, barula saya berpeluang main-main dengan dia sekejap…Masa tengok adik nie, banyak benda saya nak tanya, tapi saya tak tahu macam mana nak tanya…tapi apa-apa pun, harapnya belon Khairul ada lagik kan sampai sekarang, jangan hilangkan….
Saya sangat suka dan bahagia meluangkan masa di taman ni, terfikir jugaklah kenapa kita manusia yang normal sanggup buang bayi??bayangkan klu bayi yang kita lahirkan tu sakit??Bukan dia nak dilahirkan macam tue…..
Banyak lagi yang nak dikongsi tapi lain hari lah…
Ok, sampai sini sahaja setakat ni, lepas nie akan bersambung ke post yang lain pasal Taman Sinar Harapan….. :))