Dulu + Sekarang

Sekarang ni nak cerita perbezaan dulu dan sekarang setelah bergelar pelajar U tahun 2
- Dulu bandar tu ibarat kedai…tempat makan pun ye, tempat release tension pun ye walaupun masa tu nak pergi sana terpaksa sewa kereta….
Sekarang ni kedai di belakang universiti ni pun dah ibarat jauh sangat memandangkan banyak sangat kerja..boleh kira la dengan jari sekarang berapa kali je makan kat kedai…
- Dulu, waktu malam-malam sangatlah heaven…boleh ke bilik kawan sana-sini untuk berborak la bergosip la…+
tambah dosa sekali
Sekarang ni waktu malam je, mula la mengadap laptop / buku….sama ada malam itu diisi dengan assignment, report, projek or study untuk test yang sangatlah banyak…
- Kalau dulu benda yang paling suka bila bosan or free time, tengok movie, cari lagu baru or even menulis blog
Sekarang masa yang ada kalau free pun, digunakan sebaik mungkin untuk tidur. Tapi kebiasaannya tidur pun tak tenang selagi kerja yang banyak tu belum siap.
- Kalau dulu suka betol cari new movie…share dengan kawan sana kawan sini
Sekarang ni, nak tahu movie mana yang paling latest pun susah…sampaikan ade kawan yang kata sem ni dia baru tengok 1 /2 movie je secara complete..hebat tak???
- Kalau dulu sangat alert dengan keadaan sekeliling….maksudnya dengan cerita pasal kawan, dengan event di U (untuk kumpul kupon aktiviti)
Sekarang ni, punya la kurang perhatian diberikan kalau kawan suka bercerita pasal diri mereka. Bukan apa, rasa otak ni dah cukup terbeban dengan kerja yang banyak. So tak nak pusingkan lagi keadaan. Even event pun kalau nak hujung minggu baru tergopoh cari event apa yang ada….
- Kalau dulu suka makan snek or apa-apalah bila rasa bosan…so duit pun habisla ke situ
Sekarang ni, makan bila wajib je…iaitu untuk lunch and dinner…breakfast skip (mostly la)…kalau perut buat tarian dangdut baru sempat makan.
- Kalau dulu suka ke klinik cepat-cepat bila rasa kurang sihat sikit…
Sekarang, sakit batuk ke, selsema ke, demam ke, tak de nye nak ke klinik sebab pikir tak sempat…malas nak melayan sangat sakit nie..telan je mana ubat yang masih wujud.
- Kalau dulu suka jugak habiskan kredit tu untuk keep in touch dengan kawan..tanya tengah buat apa, or even main sms pun selalu
Sekarang, dengan bf sendiri pun kurang ada masa nak sms ke apa, nak tanya makan pun kalau sempat…
- Kalau dulu kitar cycle kita sebagai perempuan memang diambil berat sangat-sangat..lambat datang period je terus bimbang
Sekarang ni, waktu period pun dah lupe bila….berapa lama period lagila lupa..teruknya!!!
- Kalau dulu bosan je, selalu kol Along or Mama, then borak pasal Abang Danish…
Sekarang, nak kol mama tu selalu la lagi, kol Along untuk cerita lama, da kurang bila masing-masing da busy…
- Kalau dulu fb Ryna Rahimla yang selalu nampak on9…..dan komen sana sini
Sekarang, online pun dah jarang..boleh kata kurang addicted la sebab tak sempat..nak komen kawan pun tengok yang mana sempat je dekat wall tue…
Konklusinya, teruk betul jadi 2nd year nie terutama bila dah last semester. Rasa diri ni ibarat dah macam robot bernyawa dah. Belum lagi ditengok untuk semester akan datang, 3rd year dengan FYP nya lagi…Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya….