Jom Heboh
Hurm, ni nak cerita fenomena Jom Heboh yang melanda orang di sekitar Terengganu dari semalam sampai hari ini.

1) Tatkala ke kedai basuh kereta a.k.a Car Wash…
sebaik sahaja kereta siap dibasuh dan dilap….ayat yang diterima…
“Kak, lepas ni nak pergi ke Jom Heboh ye?”
“Tak lah….nak balik”
“Kenapa tak pergi Jom Heboh??” (riak muka pelik)
“Tak boleh..kerja banyak lagi tak siap, nak study lagi..” (sambil cuba meyakinkan hati untuk berjihad demi ilmu)
“Ish, kak…pergila Jom Heboh…”
Keadaan kembali sunyi…..
2) Tatkala berjumpa dengan kawan…
“Rina tak pergi ke Jom Heboh??”
“Malaslah….”
“La, kenapa tak pergi??”
“Tak sempatla..banyak benda nak study…lab report pun tak siap lagi”
“hurm…” (still wat muka bertanye kenapa)
“Penatlah, dahla kalau nak pergi kena drive sendiri…bukan nya ada orang nak bawak..jam lagik jalan tu..” (dengan yakin jawapan diberi)
“Oooo…”
3) Bila berbual di telefon
“Hari ni ada Jom Heboh..”
“Dah pergi ke??”
“Erk, kenapa tanya macam tu, malas la…biarla orang lain pergi..”
“La, kenapa tak pergi??”
“Org ada test esk la….”
“Ha, kalau macam tue cepatlah pi study..”
Hari ni semua benda berkisar Jom Heboh dari awal pagi saya sampaila malam….
Terpaksalah berkorban perasaan dan keinginan untuk pergi keluar…
Semuanya disebabkan memikirkan keadaan jalan yang sesak tatkala balik dari bandar semalam….
Tidak rela saya, mak oi……..
Akhirnya, Jom Heboh berakhir…
Next time, kita pergi Jom Heboh :)))