Ryna Rahim


  1.  


  2. Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana…
Aku mengingati mu
Kerana…
Aku men’cintaimu…

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana…
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh sepenuh hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana…
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa menyintaimu

    Walau aku tidak bersamamu

    Jangan engkau lupakan diriku

    Walau aku tiada di sisimu

    Jangan engkau lupakan namaku

    Kerana…

    Aku mengingati mu

    Kerana…

    Aku men’cintaimu…

    Andai aku

    Bisa bertemumu

    Dengan senyum ku tadah syukurku

    Andai aku bisa menyentuhmu

    Air mata pasti deras gugur

    Kerana…

    Aku merindui mu

    Kerana aku sentiasa

    Menyintaimu oh sepenuh hati

    Walau kamu

    Jauh di mataku

    Jangan aku hilang dalam kalbu

    Saat kamu samar mengingati

    Jangan aku terus kau lupakan

    Kerana aku

    Sentiasa mengingatimu

    Kerana aku

    Sentiasa menyayangimu oh sepenuh hati

    Andai aku bisa memelukmu

    Pasrah aku tabah diujimu

    Andai aku bisa dicintai

    Dengan rela menyerahkan hati

    Kerana…

    Aku merindui mu

    Kerana aku sentiasa menyintaimu

  3.  

  4. Jangan Lupa Namaku #UnOfficial (OST Ramadan Terakhir) (by ZaXxEfaNdy)

  5.  


  6. Ada satu cerita yang saya nak kongsi untuk sesiapa sahaja. Satu cerita yang menyebabkan air mata saya mengalir terharu. Peristiwa ni berlaku pada hari terakhir saya di Jeddah. Masa tu, saya dan semua para jemaah dari CS Holidays tiba awal di Jeddah Airport. Nak dijadikan cerita, waktu kami untuk check in pukul 5ptg. Boarding time kami pada pukul 8 mlm. Jadi, itu bermakna kami kena jamak maghrib dengan isyak sebelum berlepas. Bila jam hampir pukul 7 mlm, ramai jemaah yang ke toilet untuk ambil wuduk. Tertanya-tanya jugak kami ke pegawai Arab yang bertugas, di mana surau untuk kami solat. Dijawabnya, disitu..di ruang legar yang ada di sekitar tempat kami menunggu. Dan memang terbukti disitulah tempat para jemaah yang dulu-dulu sebelum kami tiba solat disitu. Buktinya, ada arah kiblat di syiling. Baik, kami terima dengan sebaiknya, bila waktu Maghrib masuk, terus kami semua dari kumpulan CS Holidays beramai-ramai menyusun ihram, tuala dan kain batik bagi menggantikan sejadah. Pada awalnya, kami semua para jemaah wanita  bersetuju untuk solat di penjuru ruang menunggu. Para jemaah lelaki mengajak kami semua untuk solat berjemaah. Bila semua sudah bersedia, barulah kami perasan rupanya ruang untuk kami solat itu sangat sempit. Nak sujud pun agak susah, dikhuatiri kepala kami berlaga dengan kaki jemaah di barisan hadapan. Maka, kami pun dengan beraninya mula mengubah tempat…

Tempat mana yang dicari??

Ruang legar yang kosong dipilih kami semua untuk dijadikan tempat bagi kami mengerjakan solat berjemaah. Betul-betul dibawah tanda tunjuk arah kiblat di syiling. Ketika qamat sedang dilaungkan, saya terdengar bunyi tapak kaki orang datang berlari. Disebabkan saya duduk di barisan hadapan saf untuk makmum perempuan, jadi saya berpeluang untuk melihat jumlah makmum lelaki yang semakin bertambah dan bertambah. Pada waktu yang sama, saya terlihat seorang pegawai Arab menghulurkan satu plastik untuk dijadikan alas untuk sujud ke seorang makmum perempuan yang sama saf dengan saya. Ya Allah, baiknya hambamu itu..

Saya terharu…terharu bila dapat melihat dengan mata saya sendiri yang solat dapat menyatukan semua bangsa walaupun pada awalnya kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Jemaah dari Indonesia, dari Tanah Arab juga bersama-sama dengan kami pada waktu itu. Bayangkan, pada awalnya kami yang bergerak dalam kumpulan kami dan jemaah Indonesia bergerak dalam kumpulan mereka. Kami duduk di kawasan menunggu yang sama, tapi kami tidak bertegur kerana kami masing-masing dengan hal kami sendiri. Tapi bila masuknya waktu untuk menunaikan solat, kami bergabung, kami saling bermaafan sesama sendiri. Kami bertegur dan bersalaman. Subhanallah..besarnya kuasaMu, Ya Allah… Sesungguhnya saya bersyukur kerana saya dapat bersama-sama merasai pengalaman tersebut.

    Ada satu cerita yang saya nak kongsi untuk sesiapa sahaja. Satu cerita yang menyebabkan air mata saya mengalir terharu. Peristiwa ni berlaku pada hari terakhir saya di Jeddah. Masa tu, saya dan semua para jemaah dari CS Holidays tiba awal di Jeddah Airport. Nak dijadikan cerita, waktu kami untuk check in pukul 5ptg. Boarding time kami pada pukul 8 mlm. Jadi, itu bermakna kami kena jamak maghrib dengan isyak sebelum berlepas. Bila jam hampir pukul 7 mlm, ramai jemaah yang ke toilet untuk ambil wuduk. Tertanya-tanya jugak kami ke pegawai Arab yang bertugas, di mana surau untuk kami solat. Dijawabnya, disitu..di ruang legar yang ada di sekitar tempat kami menunggu. Dan memang terbukti disitulah tempat para jemaah yang dulu-dulu sebelum kami tiba solat disitu. Buktinya, ada arah kiblat di syiling. Baik, kami terima dengan sebaiknya, bila waktu Maghrib masuk, terus kami semua dari kumpulan CS Holidays beramai-ramai menyusun ihram, tuala dan kain batik bagi menggantikan sejadah. Pada awalnya, kami semua para jemaah wanita  bersetuju untuk solat di penjuru ruang menunggu. Para jemaah lelaki mengajak kami semua untuk solat berjemaah. Bila semua sudah bersedia, barulah kami perasan rupanya ruang untuk kami solat itu sangat sempit. Nak sujud pun agak susah, dikhuatiri kepala kami berlaga dengan kaki jemaah di barisan hadapan. Maka, kami pun dengan beraninya mula mengubah tempat…

    Tempat mana yang dicari??

    Ruang legar yang kosong dipilih kami semua untuk dijadikan tempat bagi kami mengerjakan solat berjemaah. Betul-betul dibawah tanda tunjuk arah kiblat di syiling. Ketika qamat sedang dilaungkan, saya terdengar bunyi tapak kaki orang datang berlari. Disebabkan saya duduk di barisan hadapan saf untuk makmum perempuan, jadi saya berpeluang untuk melihat jumlah makmum lelaki yang semakin bertambah dan bertambah. Pada waktu yang sama, saya terlihat seorang pegawai Arab menghulurkan satu plastik untuk dijadikan alas untuk sujud ke seorang makmum perempuan yang sama saf dengan saya. Ya Allah, baiknya hambamu itu..

    Saya terharu…terharu bila dapat melihat dengan mata saya sendiri yang solat dapat menyatukan semua bangsa walaupun pada awalnya kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Jemaah dari Indonesia, dari Tanah Arab juga bersama-sama dengan kami pada waktu itu. Bayangkan, pada awalnya kami yang bergerak dalam kumpulan kami dan jemaah Indonesia bergerak dalam kumpulan mereka. Kami duduk di kawasan menunggu yang sama, tapi kami tidak bertegur kerana kami masing-masing dengan hal kami sendiri. Tapi bila masuknya waktu untuk menunaikan solat, kami bergabung, kami saling bermaafan sesama sendiri. Kami bertegur dan bersalaman. Subhanallah..besarnya kuasaMu, Ya Allah… Sesungguhnya saya bersyukur kerana saya dapat bersama-sama merasai pengalaman tersebut.

  7.  


  8. Solat Jumaat
Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.

Hukum melaksanakan solat Jumaat adalah fardu ain. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Jumaah, ayat 9. Solat Jumaat termasuk dalam fardu utama dalam syariat Islam, selain satu pertemuan besar mingguan bagi umat Islam. Siapa yang mempermudah-mudahkan kefarduannya, Allah mengecap orang itu sebagai munafik.
Seluruh umat Islam hendaklah melakukan fardu Jumaat dengan penuh keimanan dan keyakinan yang teguh, sebagaimana sabda Rasulullah saw maksudnya: “Daripada Thariq bin Syihab, Nabi Muhamad bersabda: “Solat Jumaat hak yang wajib melakukannya atas tiap-tiap orang Islam, kecuali hamba-hamba yang dimiliki, kaum perempuan, kanak-kanak dan orang sakit.” (Riwayat Abu Daud)

Alhamdulillah, ketika di menunaikan ibadah umrah, saya berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram bersama-sama dengan orang Islam lain yang datang dari pelbagai negara. Setelah selesai menunaikan solat Jumaat, terdetik di hati saya,
” Kenapa ada orang lelaki yang beragama Islam sanggup meninggalkan solat Jumaat dan mengutamakan perkara lain? Adakah perkara lain lebih penting dari menyembah-NYA…Adakah solat itu satu perkara yang membebankan? Subhanallah…semoga kita semua diberi petunjuk ke arah jalan yang benar..amin~”
Janganlah kita menggadai dan memusnahkan keuntungan dan ganjaran yang besar di akhirat lantaran mengejar keuntungan yang sedikit di dunia.
Yakinlah dengan janji Allah, jika manusia mensyukuri nikmat-Nya dengan mengabdi dan menyembah-Nya, pasti Allah akan menambah nikmat dengan berlimpah ruah.
Sama-samalah kita fikirkan kembali tentang mana yang buruk dan mana yang baik dan mengambil ikhtibar dalam setiap peristiwa yang berlaku dalam diri kita… Amin~

    Solat Jumaat

    • Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.
    • Hukum melaksanakan solat Jumaat adalah fardu ain. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Jumaah, ayat 9. Solat Jumaat termasuk dalam fardu utama dalam syariat Islam, selain satu pertemuan besar mingguan bagi umat Islam. Siapa yang mempermudah-mudahkan kefarduannya, Allah mengecap orang itu sebagai munafik.

      Seluruh umat Islam hendaklah melakukan fardu Jumaat dengan penuh keimanan dan keyakinan yang teguh, sebagaimana sabda Rasulullah saw maksudnya: “Daripada Thariq bin Syihab, Nabi Muhamad bersabda: “Solat Jumaat hak yang wajib melakukannya atas tiap-tiap orang Islam, kecuali hamba-hamba yang dimiliki, kaum perempuan, kanak-kanak dan orang sakit.” (Riwayat Abu Daud)

    • Alhamdulillah, ketika di menunaikan ibadah umrah, saya berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram bersama-sama dengan orang Islam lain yang datang dari pelbagai negara. Setelah selesai menunaikan solat Jumaat, terdetik di hati saya,

    ” Kenapa ada orang lelaki yang beragama Islam sanggup meninggalkan solat Jumaat dan mengutamakan perkara lain? Adakah perkara lain lebih penting dari menyembah-NYA…Adakah solat itu satu perkara yang membebankan? Subhanallah…semoga kita semua diberi petunjuk ke arah jalan yang benar..amin~”

    • Janganlah kita menggadai dan memusnahkan keuntungan dan ganjaran yang besar di akhirat lantaran mengejar keuntungan yang sedikit di dunia.
    • Yakinlah dengan janji Allah, jika manusia mensyukuri nikmat-Nya dengan mengabdi dan menyembah-Nya, pasti Allah akan menambah nikmat dengan berlimpah ruah.

    Sama-samalah kita fikirkan kembali tentang mana yang buruk dan mana yang baik dan mengambil ikhtibar dalam setiap peristiwa yang berlaku dalam diri kita… Amin~

  9.  


  10. Ya Allah, kekalkanlah perubahan ini di dalam diri aku.. AMIN~

    Ya Allah, kekalkanlah perubahan ini di dalam diri aku.. AMIN~

  11.  

  12. [Flash 10 is required to watch video]
  13.  


  14. Dont be sad, Allah is with us..

    Dont be sad, Allah is with us..

  15.  


  16. (Source: fashionsociety)

  17.  938 notes


  18. (via akoxicamille)

  19.  9,768 notes

Next→